About Me

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
Hello everybody! I am Cikgu Alien anak Nojib. I am an English teacher in Sekolah Kebangsaan Grogo, Bau. I am a Bidayuh. Welcome to my blog. This blog serve the purpose to share and reflects on my teaching for my English and Science subject. I hope you can give some constructivist comments to improve my teaching to my pupils. Thank You.....and don't forget to join me in this blog.

Wednesday 7 December 2011

SEDUTAN VIDEO PENGAJARAN BAHASA INGGERIS TAHUN 1 (PENUTUP)






REFLEKSI MAKROPENGAJARAN
1.1  Pengenalan
          Seperti rakaman mikropengajaran, rakaman untuk makropengajaran ini juga telah dijalankan di dalam Makmal Komputer Sekolah atas sebab yang sama iaitu keadaan kelas yang sempit sehingga tidak sesuai untuk sesi rakaman.  Walau bagaimanapun, saya telah berusaha dengan sebaik mungkin bagi menjayakan sesi makropengajaran ini tanpa timbulnya sebarang masalah yang boleh mengganggu konsentrasi murid-murid ketika belajar. 
          Secara keseluruhannya, selepas meneliti video rakaman makropengajaran ini beberapa kali, saya berpandangan bahawa saya telah berjaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan.  Selain daripada itu, saya juga telah berusaha sepenuhnya untuk mengajar mengikut Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang telah disediakan.  Sesungguhnya, saya amat berpuas hati kerana rakaman ini telah banyak mendedahkan tentang siapa sebenarnya diri saya sebagai seorang guru.  Bukan itu sahaja, saya juga telah dapat mengenalpasti beberapa kekuatan serta kelemahan saya ketika melaksanakan sesi makropengajaran ini.  Melalui cara ini, saya dapat merancang, meneroka serta mencari teknik, kaedah serta amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid saya. 

1.2  Kekuatan
          Selepas meneliti rakaman makropengajaran yang telah dijalankan saya sedar bahawa saya telah berjaya untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara adil kerana interaksi di antara saya dengan anak-anak murid adalah seimbang.  Saya tidak pernah memonopoli sesi pengajaran dan pembelajaran kerana saya percaya dan yakin bahawa murid-murid akan dapat belajar secara penuh bermakna apabila mereka dilibatkan secara langsung dengan setiap aktiviti yang dirancangkan.  Melalui cara ini juga, keyakinan diri murid dapat dipertingkatkan kerana mereka telah dibiasakan untuk melakukan pelbagai aktiiviti di hadapan rakan-rakan yang lain. Selain daripada itu, motivasi murid untuk belajar juga dapat ditingkatkan kerana mereka rasa dihargai terutamanya apabila diberikan pujian serta galakan oleh guru. 
          Selain daripada itu, perancangan aktiviti yang menarik seperti permainan ‘Teka Bunyi Haiwan’ (Guessing Game) pada bahagian Set Induksi (Induction Set) telah dapat merangsang minat murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.  Bukan itu sahaja, sesi permainan yang menyeronokkan ini mampu meningkatkan tahap kesediaan murid-murid untuk mengikuti  secara aktif bahagian pengajaran yang berikutnya (Presentation). 
          Untuk bahagian Langkah 1 (Presentation), saya telah memilih untuk menggunakan teknik bercerita (Pak Karim’s Farm) bagi memulakan isi pelajaran.  Bagi meningkatkan lagi keberkesanan teknik ini, saya telah meminta salah seorang daripada murid untuk datang ke depan bagi melakonkan watak Pak Karim.  Melalui pemerhatian saya, watak ‘Pak Karim’ yang menggunakan topi petani telah berjaya menarik minat murid-murid untuk mendengar cerita yang saya sampaikan.  Saya juga turut menyelitkan beberapa soalan ketika bercerita bagi memastikan yang murid-murid dapat peka serta terus menumpukan perhatian.  Ternyata, teknik ini berhasil kerana murid-murid dapat menjawab setiap soalan yang diajukan berdasarkan cerita yang disampaikan. 
          Selain daripada itu, saya juga turut menggunakan beberapa Alat Bantu Mengajar bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.  Contohnya, saya mencari gambar-gambar haiwan yang berwarna-warni dari internet bagi merangsang pemikiran serta minat murid untuk melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.  Bagi melengkapkan lagi penggunaan kad-kad gambar, saya juga telah menyediakan beberapa keping kad perkataan.  Saya juga tidak lupa untuk menggunakan ‘font’ yang bersesuaian dengan tahap murid Tahun 1 iaitu font jenis ‘Comic Sans MS’ kerana huruf-hurufnya lebih mudah dikenali oleh murid-murid.  Selain daripada itu, saya juga menggunakan saiz perkataan yang agak besar dalam kad-kad perkataan tersebut agar ia lebih mudah dilihat.
          Dalam bahagian Langkah 2 (Practice) pula, saya banyak menggunakan teknik ‘Pengulangan’ (Drillings) terutamanya ketika mengeja dan menyebut perkataan yang terdapat di dalam kad-kad perkataan.  Selain daripada itu, saya turut mengarahkan murid-murid untuk mengeja serta menyebut perkataan-perkataan yang dipelajari secara seluruh kelas dan individu.  Melalui cara ini, saya secara tidak langsung dapat mengenalpasti murid-murid yang masih belum mengenal huruf dan masih belum pandai membaca.
          Dalam bahagian Langkah 3 (Production) pula, saya tidak lupa untuk memberi penekanan kepada arahan untuk setiap latihan yang diberikan.  Saya percaya bahawa kemampuan guru untuk memberi arahan secara jelas dan tepat akan membantu murid-murid untuk menyelesaikan latihan yang diberikan.  Arahan yang tidak jelas sudah pasti akan menimbulkan kekeliruan di kalangan murid-murid terutamanya di kalangan murid yang lemah. 
          Untuk bahagian Penutup (Closure) pula, saya telah memilih untuk menggunakan ‘Teka-Teki’ (Riddles) bagi melihat tahap pemahaman anak-anak murid saya terhadap isi pelajaran.  Secara keseluruhannya, mereka dapat menjawab dan meneka dengan betul nama-nama haiwan berdasarkan teka-teki yang dibacakan oleh saya.  Dalam pada itu, saya juga tidak lupa untuk memberi penekanan kepada nilai-nilai murni yang berkaitan dengan topik yang diajar iaitu ‘menyayangi haiwan’ (Love For animals).  Dari sudut yang lain pula, saya dapat melihat serta merasai keseronokan yang dirasai oleh anak-anak murid saya ketika menjawab teka-teki.  Saya amat yakin bahawa perasaan seronok dan selamat ketika belajar mampu meningkatkan motivasi murid untuk terus mempelajari perkara-perkara yang baru hari demi hari. 

1.3  Cadangan Penambahbaikan / Penyelesaian Masalah
          Sebagai seorang guru yang profesional, saya tidak boleh terlalu mudah berpuas hati dengan setiap perkara yang saya lakukan.  Sebaliknya, saya sentiasa memikirkan cara-cara yang terbaik bagi meningkatkan lagi kualiti terutamanya dalam amalan pengajaran saya setiap hari.          
          Setelah meneliti rakaman video makropengajaran yang telah dijalankan saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan dari pelbagai aspek dalam amalan pengajaran dan pembelajaran yang telah saya laksanakan.  Kelemahan utama yang saya telah kenal pasti ialah masalah dalam pengurusan masa.  Saya dapati, masa yang telah diambil untuk rakaman ini ialah 34 minit dan 14 saat sedangkan masa yang diperuntukkan hanyalah 30 minit.  Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya boleh mengganggu masa guru-guru matapelajaran yang lain. 
          Setelah membuat beberapa pemerhatian, saya dapati bahawa penggunaan Alat Bantu mengajar yang terlalu banyak sedikit sebanyak telah melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran.  Keadaan ini mungkin berlaku kerana saya telah mengambil masa yang agak lama untuk melekatkan setiap gambar dan kad perkataan di atas papan putih.  Walau bagaimanapun, saya telah merancang beberapa tindakan bagi menambahbaik kualiti pengajaran ini.  Antaranya ialah, mengaplikasikan penggunaan ICT di dalam bilik darjah.  Contohnya, saya akan menggunakan Alat Bantu Mengajar dalam bentuk ‘Powerpoint Presentation’ di masa yang akan datang kerana saya yakin ianya dapat menjimatkan masa pengendaliannya. 
          Selain daripada itu, saya juga akan menggunakan kaedah-kaedah lain untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti kaedah ‘Nyanyian’ kerana ianya memakan masa yang sedikit, menyeronokkan serta disiplin murid-murid lebih mudah dikawal. 
          Selanjutnya, pada bahagian langkah 3 (Production), saya juga telah terlepas pandang akan kepelbagaian kecerdasan di kalangan anak-anak murid saya.  Saya telah menyediakan hanya satu set latihan iaitu melabel gambar-gambar haiwan dengan menggunakan perkataan yang telah diberikan di dalam kotak.  Pada masa yang akan datang, saya akan lebih peka dengan perkara ini.  Contohnya, saya akan menyediakan 3 set soalan yang berlainan mengikut tahap kebolehan murid-murid saya iaitu kumpulan yang lemah (weak) aktiviti memadankan gambar dengan perkataan, sederhana (average) melabelkan gambar menggunakan perkataan di dalam kotak dan untuk murid-murid bijak (Advanced) pula, mereka boleh diberikan latihan seperti mengisi tempat kosong.
          Kesimpulannya, sebagai seorang guru, saya perlulah sentiasa melakukan refleksi ke atas setiap sesi pengajaran saya bagi mengenalpasti setiap kelebihan serta kekurangan yang ada.  Melalui refleksi yang dilakukan, saya dapat memperbaiki setiap kelemahan yang dikenalpasti agar dapat meningkatkan ilmu pedagogi supaya menjadi seorang guru yang profesional dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai pendidik.
    


ENGLISH YEAR 1 LESSON PLAN

Date                           :  11 November 2011
Time                           :  0900 - 1000
Duration                     :  30 minutes
Class                          :  Year 1
Number of pupils       :  30
Subject                       :  English Year 1
Theme                        :  World Of Stories
Unit                            :  27
Topic                          :  So Hairy and Scary (Animals In The Farm)
Previous Knowledge :  Pupils have seen and observed some of the animals in their everyday
                                      life.         
                                     
Focus                          :  Listening and Speaking / Reading

Content standard       :  1.1 By the end of the 6-year primary schooling, pupils will be able to
 pronounce words and speak confidently with the correct stress,
 rhythm and intonation.

                                       1.2 By the end of the 6-year primary schooling, pupils will be able to
                                             demonstrate understanding of a variety of linear and non-linear
                                             texts in the form of print and non-print materials using a range of
                                             strategies to construct meaning.

Learning standard    : 1.1.1 Able to listen and respond to stimulus given with guidance:
                                             (f) Voice sounds

                                    1.1.2 Able to listen to and enjoy simple stories.

                                    1.1.4 Able to talk about a stimulus (pictures) with guidance.

                                    2.2.1 Able to read and apply word recognition and word attack skills
                                             by matching words with:
                                             (a)   graphics

Behavioral Objectives           : By the end of the lesson, pupils should be able to:

              1. Answer questions on the story.
                                                  2. Spell words (Names of animals in the farm)
                                                  3. Say the names of animals in the farm.
                                                  4. Name animals in the farm.
                                                  5. Label the animals in the farm. (Worksheet).

Moral Value                           :  Love For Animals

Vocabularies                          :  cats, dogs, cows, goats, hens, ducks

Teaching Materials               :  (a) Pictures of animals in the farm (cats, dogs, cows, goats,
                                                        hens and ducks)

   (b) Word Cards (Names of animals in the farm.)
               (c)  Textbook
               (d)  Farmer’s hat
               (e)  Worksheets
               (f)   Riddles

Teaching and Learning Activities:   1. Guessing Game
                                                    2. Story (Listening / Questioning & Answering)
                                                    3. Drilling
                                                    4. Matching word cards to pictures.
                                                    5. Riddles           
                                           
Resources                               :  Textbook, Activity book, Internet








STEPS

TEACHER’S INSTRUCTIONS

PUPIL’S ACTIVITIES

REMARKS


Induction Set
( 5 minutes)




1. Teacher calls six pupils to come to the front one by one to produce sounds of animals.



2. Teacher asks pupils to guess the sounds of animals produced.

3. Teacher introduces the topic of the lesson.



1. Pupils come to the front one by one and make the sounds of animals directed by the teacher.

2. Pupils guess the sounds of animals produced.



3. Pupils listen carefully and get ready for the next stage of the lesson.




Guessing Game

-          Guess the sounds of animals:
a.       cat
b.       dog
c.        cow
d.       hen
e.        goat
f.         duck


Topic:
Pak Karim’s Farm


Presentation
(20 minutes)

1. Teacher chooses a pupil to come to the front.

2. Teacher asks the pupil to wear a farmer’s hat.

3. Teacher introduces the title of the story.

4.  Teacher pastes the title of the story on the whiteboard.

5. Teacher tells the story.


6.  Teacher asks some questions.

7.  Teacher shows pictures of animals in the farm and names them one by one.

8.  Teacher asks pupils to say the names of the animals after her one by one.

9.  Teacher pastes the pictures of animals on the whiteboard one by one.


1. Pupil’s chosen comes to the front.

2.  Pupil’s chosen wear the farmer’s hat.

3.  Pupils listen carefully to the teacher.

4.  Pupils get ready for the story.

5.  Pupils listen carefully to the story.

6.  Pupils answer the questions.

7.  Pupils observe the pictures and name them one by one.


8.  Pupils say the names of the animals one by one after the teacher.

9.  Pupils get ready for the next stage of the lesson.

(Appendix 1)
Story:
Pak  Karim’s Farm














(Appendix 2)
Pictures of animals in the farm)


Practice
(20 minutes)

1.  Teacher shows word cards to the pupils.

2.  Teacher spells the name of the animals in the word cards one by one.

3.  Teacher asks pupils to spell the names of the animals after her one by one:
a) as a whole class
b) individually

4.  Teacher pronounces the name of the animals one by one.

5.  Teacher asks pupils to pronounce the names of the animals after her one by one:
a) as a whole class
b) individually

  
6.  Teacher chooses some pupils to paste the word cards on the whiteboard below the respective pictures. 

7.  Teacher asks pupils to name the animals again.



1.  Pupils look carefully at the word cards.

2.  Pupils listen carefully to the teacher.


3.  Pupils spell the names of the animals one by one:
a) as a whole class
b) individually


4.  Pupils listen carefully to the teacher.

5.  Pupils pronounce the names of the animals after the teacher one by one:
a) as a whole class
b) individually


6.  Pupils 'chosen paste the word cards on the whiteboard below the respective pictures.

7.  Pupils name the animals again.

(Appendix 3)
Word Cards:





Production
(10 minutes)

1. Teacher distributes the worksheets to the pupils.

2.  Teacher gives the instructions.

3.  Teacher asks pupils to do the worksheets.

4.  Teacher discusses the exercise given with the pupils.


1.  Pupils get ready for the next instruction.

2.  Pupils listen carefully to the teacher’s instructions.

3.  Pupils do the worksheets given.

5.  Pupils discuss the exercise given with the teacher.


(Appendix 4)
Worksheet:

Label the pictures.  Use the words in the boxes.

Closure
(5 minutes)
































































1.  Teacher gives instructions for the next activity (riddles).


2.  Teacher reads the riddles.



3.  Teacher asks pupils to guess the animals.

4. Teacher stresses on the moral value of the lesson: 
(Love For animals) 


5.  Teacher concludes the lesson.
.
1.  Pupils listen carefully to the teacher and get ready for the riddles.

2.  Pupils  listen carefully to the riddles.


3.  Pupils guess the animals based on the riddles.

4.  Pupils listen carefully to the teacher.

(Appendix 5)
 Riddles:


I like to eat grass.  I give you milk.  I have a tail.  Who am I?

I have two legs.  I have a beak.  I can swim.  Who am I?

I like to eat bone. I have sharp teeth.  I have a tail.  Who am I?


I have feathers.  I have wings but I cannot fly high.  Who am I?


I like to eat grass.  I have sharp thorns.  Who am I?



I like to eat fish.  I live in the house.  I have a tail.  Who am I?

No comments:

Post a Comment