About Me

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
Hello everybody! I am Cikgu Alien anak Nojib. I am an English teacher in Sekolah Kebangsaan Grogo, Bau. I am a Bidayuh. Welcome to my blog. This blog serve the purpose to share and reflects on my teaching for my English and Science subject. I hope you can give some constructivist comments to improve my teaching to my pupils. Thank You.....and don't forget to join me in this blog.

Wednesday 7 December 2011

RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN BAHASA INGGERIS TAHUN 1 (PRESENTATION & PRACTICE)





1.1 Pengenalan
          Secara keseluruhannya, sesi rakaman mikropengajaran yang telah dijalankan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.  Sesi mikropengajaran ini telah dirakamkan di dalam Makmal Komputer Sekolah.  Rakaman tidak dapat dijalankan di dalam kelas kerana masalah fizikal kelas yang agak sempit ditambah dengan bilangan murid yang agak ramai.  Keadaan ini menyebabkan kesukaran untuk melakukan rakaman
     Untuk sesi mikropengajaran ini, saya telah memilih untuk mengajar matapelajaran bahasa Inggeris Tahun 1 kerana matapelajaran ini merupakan Subjek Major saya untuk Program Pensiswazahan Guru (UPSI).  Selain daripada itu, saya juga merupakan guru bahasa Inggeris untuk kelas tersebut.  Setelah meneliti keseluruhan rakaman mikropengajaran yang telah dijalankan saya telah dapat mengenalpasti beberapa kekuatan serta kelemahan dari pelbagai aspek dalam amalan pengajaran dan pembelajaran saya.  Selain daripada itu, saya juga menerima pelbagai maklum balas serta komen daripada rakan-rakan sejawat yang turut sama memberikan sokongan sepanjang proses rakaman mikropengajaran ini. 
     Sesungguhnya, komen, pandangan serta nasihat rakan-rakan sejawat banyak membantu saya untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran.  Melalui pengalaman bermakna ini juga saya dapat merangka serta merancang pelbagai strategi baru yang lebih baik bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan saya di dalam menyampaikan isi pelajaran serta di dalam mengendalikan setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan.

1.2 Kekuatan
          Dalam mikropengajaran ini, saya telah memilih untuk merakam bahagian isi pelajaran yang pertama (presentation).  Secara keseluruhannya, saya merasakan bahawa bahagian pengajaran ini berjaya kerana sesi pengajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang terlalu serius sehingga boleh mengganggu kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran.   Dari aspek yang lain pula, murid-murid dilihat amat berminat untuk melibatkan diri secara aktif di dalam setiap aktiviti yang diadakan.  Saya juga amat berpuas hati kerana saya tidak memonopoli sesi pengajaran dan pembelajaran sebaliknya interaksi antara saya dengan murid-murid adalah seimbang.  Selain daripada itu, saya juga melibatkan semua murid di dalam setiap aktiviti yang dijalankan tanpa mengira tahap kebolehan murid.  Saya percaya bahawa melalui cara ini tahap keyakinan diri murid dapat ditingkatkan kerana mereka telah dibiasakan untuk berinteraksi di hadapan guru dan rakan-rakan yang lain.
          Dari segi penggunaan Alat Bantu Mengajar pula, saya merasakan yang saya telah membuat pilihan yang bijak kerana menggunakan bahan-bahan maujud (realias) seperti pen, pensil, pemadam, pengasah pensil, buku, pembaris dan beg.  Pada pandangan saya, adalah tidak bijak bagi saya untuk menggunakan gambar kerana semua Alat Bantu Mengajar tersebut boleh didapati daripada murid-murid.  Selain daripada itu, cara ini juga boleh menjimatkan masa, tenaga serta kos untuk menghasilkan gambar-gambar alat tulis tersebut.  Walau bagaimanapun, bagi meningkatkan kefahaman murid-murid, saya telah menyediakan enam  helai kad perkataan bagi setiap alat tulis yang diajar. 
          Secara keseluruhannya,  saya merasa amat gembira kerana sesi mikropengajaran ini telah dapat dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan.  Saya sentiasa berpegang pada prinsip di mana pembelajaran yang menyeronokkan mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif di dalam setiap aktiviti yang telah dirancangkan.  Bukan itu sahaja, keseronokan yang wujud ketika murid-murid belajar mampu meningkatkan motivasi mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru bahkan ada di antara mereka yang tidak sabar dengan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk keesokan harinya.

1.3 Kelemahan
          Secara jujurnya, setelah meneliti sesi rakaman mikropengajaran yang telah dijalankan saya telah dapat mengenal pasti beberapa kelemahan yang mana jika ianya tidak diperbaiki akan mempengaruhi amalan pengajaran dan pembelajaran saya tidak kira pada masa sekarang mahupun dalam jangka panjang. 
         Salah satu daripada kelemahan yang saya kenal pasti ialah dari aspek pengurusan masa.  Ini kerana, saya sepatutnya memperuntukkan masa sepuluh minit untuk bahagian ini.  Walau bagaimanapun, saya telah mengambil masa 11 minit dan 15 saat untuk menamatkannya.  Saya telah terlebih masa sebanyak 1 minit dan 15 saat.  Setelah meneliti video mikropengajaran tersebut beberapa kali, saya sedar bahawa saya telah banyak meluangkan masa untuk mengawal murid-murid serta memberikan arahan kepada mereka agar tidak terlalu bising dan mengikuti setiap arahan yang telah saya berikan. 

1.4 Cadangan Penambahbaikan / Penyelesaian Masalah
          Sesungguhnya sebagai seorang guru, saya amat berbangga dan amat berpuas hati kerana telah mempunyai beberapa tahun pengalaman mengajar matapelajaran bahasa Inggeris Tahun 1.  Saya berpandangan sedemikian rupa kerana sesungguhnya tidak  ramai guru di sekolah yang berminat untuk mengajar murid-murid Tahun 1 terutamanya matapelajaran bahasa Inggeris.  Walau bagaimanapun, saya menerima tugas ini sebagai satu cabaran serta tanggungjawab besar yang harus dilaksanakan dengan penuh kegigihan.  Sesungguhnya, mengajar murid-murid tahun 1 mampu memberikan kepuasan kepada saya sebagai seorang guru terutamanya apabila melihat perkembangan positif murid-murid secara berterusan dari awal tahun hingga ke hujung tahun.
          Oleh yang demikian, sebagai guru saya seharusnya sentiasa membuat refleksi bagi mengenalpasti setiap kekuatan dan kelemahan agar langkah-langkah penambahbaikan boleh diambil.  Contohnya, melalui rakaman mikropengajaran yang telah dijalankan saya berpandangan bahawa saya masih perlu meningkatkan lagi kemahiran mengawal kelas kerana tanpa kemahiran ini saya tidak akan dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan lancar.  Bunyi yang terlalu bising merupakan salah satu daripada faktor gangguan ketika murid-murid belajar.  Apabila konsentrasi murid-murid terganggu maka,  pembelajaran yang berkesan tidak akan dapat dilaksanakan.
          Selain daripada itu, suasana kelas yang kondusif juga turut mempengaruhi emosi murid-murid ketika belajar.  Contohnya, di dalam mikropengajaran ini, murid-murid mungkin berasa tidak selesa kerana terpaksa duduk terlalu lama di atas lantai.  Oleh yang demikian, di masa yang akan datang saya seharusnya berusaha untuk mewujudkan suasana yang lebih selesa dan kondusif agar murid-murid dapat memberikan tumpuan ketika guru mengajar. 



ENGLISH YEAR 1 LESSON PLAN

Date                           :  11 November 2011
Time                           :  0900-1000
Duration                     :  1 hour
Class                           :  Year 1
Number of pupils        :  30
Subject                        :  English Year 1
Theme                         :  World Of Knowledge
Unit                              :  16
Topic                            :  What Is In My Classroom?  (Things In My Bag)

Previous Knowledge   :  Pupils have seen, used and observed some of the stationeries in their
                                        everyday life.   Apart from that, they use these stationeries to do their
                                        writing activities everyday.         
                       
Focus                           :  Listening and Speaking

Content standard        :  1.1 By the end of the 6-year primary schooling, pupils will be able to
 pronounce words and speak confidently with the correct stress,
 rhythm and intonation.

Learning standard      :  1.1.3 Able to listen to, say aloud and recite rhymes or sing songs.

                                       1.1.4 Able to talk about a stimulus (Things in the bag) with   
                                                guidance.        
 
Behavioural Objectives         : By the end of the lesson, pupils should be able to:

                                                  1. Sing a song. (Magic Bag)     
                                                  2. Spell words (Names of things in the bag)  
                                                  3. Say the names of things in the bag.
3. Name Objects In The Bag.          

Moral Value                           :  Responsibilities

Vocabularies                          :  pen, pencil, sharpener, eraser, ruler, book

Teaching Materials               :  (a) Realias / Real Objects  (pen, pencil, sharpener, eraser,
                                                        ruler, book, bag)
               (b) Word Cards (Names Of Things In The Bag)
               (c)  Textbook
               (d)  Worksheets
               (e)   Song’s  lyric (Magic Bag)

Resources                               :  Textbook, Activity book, Internet




STEPS


TEACHER’S INSTRUCTIONS

PUPIL’S ACTIVITIES

REMARKS

Induction Set
(5 minutes)

1. Teacher gives instructions to the pupils.

2. Teacher pastes a song’s lyric on the whiteboard.

3. Teacher guides pupils to read the song’s lyric. 

4. Teacher sings the song once.


5. Teacher asks pupils to sing the song together with her.

6. Teacher asks pupils to sing the song by themselves once.


7. Teacher introduces the topic of the lesson.

1. Pupils listen to the teacher’s instructions.

2. Pupils get ready for the activity.

3. Pupils read the song’s lyric.


4. Pupils listen carefully to the teacher.

5. Pupils sing the song together with the teacher.

6. Pupils sing the song by themselves once.


7. Pupils get ready for the next stage of the lesson


(Appendix 1)

Song: Magic Bag

(Tune: Mary Had A Little Lamb)

“Mary had a magic bag, magic bag, magic bag,

Mary had a magic bag,
She had a magic bag.

Everywhere that Mary went, Mary went, Mary went, 

Everywhere that Mary went,
The magic bag was there.”



Presentation
(6 minutes)


1. Teacher introduces / showing a    ‘Magic School Bag’ to the  pupils.

2. Teacher asks a pupil to come to the front and pick an object from the bag.  

3. Teacher asks the pupil to show the object to their friends.

4. Teacher guides the pupil to ask a question. (What is this?)

5. Teacher repeats the steps with the other five objects.



1. Pupils listen to the teacher.



2. Pupil’s chosen pick an object from the bag.


3. Pupils observe the object.


4. Pupils try to name the object / answer the question.




(Appendix 2)
-          Pictures of Things In The Bag.


Practice
(6 minutes)

1. Teacher shows a word card to the pupils.

2. Teacher says the word written on the word cards.

3.  Teacher asks pupils to say the word after her.


4.  Teacher spells the word in the word card.


5. Teacher asks pupils to spell the word in the word card after her :
     a) as a whole class
     b) individually

6.  Teacher guides pupils to pronounce the word in the word card.

7. Teacher picks a pupil to match the word card with the correct object / things.

8.  Teacher repeats the step with the other five word cards.

1. Pupils look carefully at the word cards.

2. Pupils listen to the teacher.


3.  Pupils say the word after the teacher.


4. Pupils listen carefully to the teacher.
  

5. Pupils spell the word in the word card after the teacher:
     a) as a whole class
     b) individually

6.  Pupils pronounce the word in the word card after the teacher.

7.  Pupil’s chosen match the word card to the correct picture.

8.  Pupils follow the teacher’s instruction.



(Appendix 3)
-          Word cards


Production
(10 minutes)

1. Teacher distributes the worksheets to the pupils.

2.  Teacher gives the instructions.


3.  Teacher asks pupils to do the worksheets.

4.  Teacher discusses the exercise given with the pupils.





1.  Pupils get ready for the next instruction.

2.  Pupils listen carefully to the teacher’s instructions.

3.  Pupils do the worksheets given.

5.  Pupils discuss the exercise given with the teacher.





(Appendix 4)
Worksheet:

Advanced Group:
-          Label the pictures.

Intermediate Group:
-          Label the pictures with the words in the boxes.

Beginners Group:
-          Match the pictures to the correct words.

        

Closure
(5 minutes)

1.  Teacher gives instructions for the next activity (Matching Game).

2.  Teacher calls six pupils to come to the front and each of them are given a picture card (Things In The bag).

3.  Teacher calls another six pupils to come to the front and each of them are given a word card.


4.  Teacher counts until 3 and directs the pupils to find their partner (match the pictures with the correct word cards).


5.  Teacher concludes the lesson by reminding the pupils to be responsible with their stationeries in their bags. 


1.  Pupils listen carefully to the teacher and get ready for the game.

2.  Pupils’ chosen come to the front and hold the picture cards.



3.   Pupils’ chosen come to the front and hold the word cards.



4.  Pupils’ chosen find their partner.




5.  Pupils listen to the teacher.

Matching Game

No comments:

Post a Comment